Social Icons

LATAR BELAKANG

Najah Homestay merupakan sebuah rumah teres 1 tingkat yang baru siap dibina pada pertengahan Januari 2011 yang lalu. Rumah ini adalah kepunyaan seorang guru yang mengajar di Terengganu. Oleh sebab bekerja di perantauan, pemilik rumah ini telah bercadang agar rumah yang baru siap dibina ini di jadikan homestay bagi memberi kemudahan kepada orang ramai di seluruh Malaysia yang berkunjung ke negeri Kelantan terutama di daerah Machang dalam urusan tertentu tidak kira melancong ataupun menghadiri kenduri. Homestay ini telah dijaga oleh bapa beliau iaitu En Aziz bagi memudahkan pengurusan keluar dan masuk penyewa homestay ini.

Najah Homestay ini telah beroperasi pada awal Februari 2011 dan telah mendapat sambutan yang menggalakkan. Ia terletak di tempat yang strategik iaitu berhampiran dengan Bandar Machang, mempunyai kawasan laman  yang luas dan persekitaran yang menyamankan. 

" MENGUTAMAKAN KESELESAAN PENGGUNA " 

STATUS TERKINI HOMESTAY